CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 28, 2008

Perkahwinan Zamri di Rembau








Majlis Perkahwinan Zamri telah diadakan pada 21-12-08 (Ahad)....gambar dimuaturunkan untuk tatapan x-unitekupm...yang menghadiri majlis tu...Suffian, Kie, Intan dan Jafri...

Saudara Zamri mengucapkan terima kasih kerana sudi menghadiri majlisnya...

Monday, December 15, 2008

Takziah...Buat Ahli Keluarga Samsinar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dimaklumkan kepada semua sahabat; bahawa ayah Samsinar telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu bersamaan 10-12-08 atas masalah kesihatan.
Semoga Samsinar dan Keluarga tabah menghadapi dugaan illahi dan semoga roh arwah dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH

link forum:
http://www.x-unitekupm.com/viewtopic.php?f=16&t=37&p=186&sid=2eafc1aec398750e61ae697fcb84f953#p186

Monday, November 17, 2008

Jemputan ke Perkahwinan Zamri dan Isteri



Assalamualaikum....

Saudara Zamri ingin menjemput tuan/puan menghadiri majlis perkahwinannya pada hari Ahad bersamaan 21 Disember 2008 di No.77, Rumah Rakyat, Astana Raja, 71350 Kota, Negeri Sembilan Darul Khusus. Dan sebelah pihak perempuan bertarikh 13 Disember 2008 (Sabtu) di Kg. Ilham, Batu 9, Jalan Kahang Timur, 86000 Kluang, Johor Darul Takzim.

Sila tgk lampiran untuk peta kawasan pihak lelaki dan perempuan.

Wednesday, November 5, 2008

Cadangan TTS-BBQ 2008

Salam Sejahtera

Sila klik link TTS-BBQ2008 untuk cadangan
dan perbincangan di FORUM
Sila daftar forum untuk perbincangan.

Senarai tempat yang dirancangkan:

1.) Sungai Congkak
2.) Port Dickson
3.) Ulu Yam

Sila undi untuk pilihan anda di Yahoo Group

VOTE TTS-BBQ 2008

Terima Kasih.

ADMIN X-UNITEK UPM

Friday, October 31, 2008

Terima Kasih Buat Rumah Terbuka

Assalamualaikum semua....

Pihak Admin mengucapkan terima kasih kepada helmi (gombak), noral (Cheras), intan (Wangsa Maju), rohani & pele (Seremban 2), bagak (Pasir Gudang) dan ayan (Bangi) yang sudi mengadakan open house sepanjang musim raya tahun ni...

Sekarang...plan untuk mengadakan TTS pulak...TTS apa yang sesuai...TTS BBQ ke TTS reunion ke TTS Bowling...Cadangan?

Tuesday, October 28, 2008

Rumah Terbuka Intan




Rumah Terbuka Intan diadakan pada hari ahad, 26-10-08...gambar yang sempat amik intan ngan norly ajer...hehehe...yang menghadirkan diri-Norly, Suffian, Helmi dan Ayan...

Terima kasih Intan...banyaknye hidangan makanan ko...tahun depan buat lagi yer...hehehehe

Monday, October 27, 2008

TAKZIAH buat ahli keluarga Haiza

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dimaklumkan kepada semua sahabat; bahawa anak Haiza yang no-2 iaitu Wan Umar Zharif telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu bersamaan 24-10-08 atas masalah kesihatan.

Semoga Haiza dan Keluarga tabah menghadapi dugaan illahi dan semoga roh arwah dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH utk Arwah Wan Umar Zharif

Wednesday, October 22, 2008

Beraya Rumah Noral




Pada hari ahad, 19-10-08 pergi beraya di rumah Noral...sampai sesat2...guide landmark TNB terlampau banyak...hehehe...
Anyway...jumpa jugak ngan bantuan latif dan noral...terima kasih noral...nanti2 buat open house lagi...

Monday, October 20, 2008

Jemputan Rumah Terbuka Intan

Map ke Rumah Intan
Assalamualaikum,

Saya PUN NAK MENJEMPUT tuan,puan, DATO, Tan Sri, dan kawan2 ke rumah terbuka saya pada :-

MAJLIS RUMAH TERBUKA & HARIJADI

Tarikh : 26/10/2008 - AHAD

Masa : 3 petg - 7 petg

Tempat : Block 10-00-10 Perumahan Awam DBKL (1A),

53300 Kuala Lumpur

Wednesday, October 15, 2008

Rumah Terbuka Helmi




Rumah terbuka helmi telah diadakan pada 11-10-08...yang datang ialah Latif, Gee, Suffian, Norly dan Intan....mmg menyeronokkan...latif dan gee...ko mmg sporting dan buat lawak ajer...

Terima kasih helmi kerana jemput...

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum....

Di sini kami bagi pihak Admin X-UnitekUPM ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR dan BATIN sekiranya terdapat kesalahan atau keterlanjuran kata-kata atau perbuatan yang tidak disengajakan...

Akhir kata, berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman masing-masing..

Monday, September 1, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak ni....admin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka puasa kepada umat islam warga x-unitekupm....

Tuesday, August 12, 2008

Tea Tarik Session 1 & 2




Group unitekupm kita telah pun membuat TTS di anjung sebanyak 2 kali pada 2-8-08 dan 9-8-08. Sambutan yang amat menggalakkan..harap lepas raya ni...perancangan untuk TTS 3 atau reunion dapat menyemarakkan suasana lg... terima kasih kerana sudi menghadiri...

Gambar disediakan untuk tatapan semua...sekiranya nak tau berita dan gambar terkini...sertailah X-UnitekUPM yahoogroup dan email ke xunitekalumni@yahoo.com untuk invite.

Sekian Terima Kasih